BILA TURN SAYA?
Satu hari aku balik ke kampong. Terlihat aku akan sebatang pokok kelapa yg tinggi melangit. Ku lihat ada beberapa biji buah di atasnya. Ada yg hijau dan ada yg kuning. Hijau maksudnya kelapa muda dan kuning maksudnya kelapa tua. Dengar cerita, air kelapa muda sangat berkhasiat dan bole mengubati beberapa jenis penyakit. Keesokan harinya ku lihat beberapa biji kelapa gugur ke tanah. Ada yg hijau dan ada yg kuning. Maksudnya ada yg MUDA dan ada yg TUA. Kalau kelapa pon gugur ke tanah tak kira usia, kenapa ada orang kata “Aku masih MUDA, lambat lagi aku nak MATI. Dah TUA nanti aku taubat la. Hidup hanya sekali, so kita ENJOY”
~Al-Fatihah buat seorang saudara kita, yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Mesir baru2 ini~
Aku dalm perjalanan pulang dari kuliah bersama Ali, Naqib dan Sobri. Sebaik kami turun dari bas di simpang nak masuk ke kawasan rumah baru kami, kami terlihat akan satu kemalangan yg baru sahaja berlaku. Pada mulanya kami ingin mengabaikan sahaja tetapi kami perhatikan terdapat beberapa pemuda Melayu mengerumuni tempat kejadian. Aku pon ajak ali dan naqib pergi tengok. Keadaan motor yg agak teruk dengan kereta yg windshield depannya pecah. Namun tiada setitis darah pony g kelihatan. “Mungkin x teruk sgt kot”, bisikku dalam hatiku. Sangkaanku meleset sama sekali. Sedang aku asyik memerhatikan keadaan motor dan kereta di samping menahan marah akan kerenah pemandu kereta warganegara Mesir yg menunjukkan sikap seolah-olah tidak bersalah, aku terdengar beberapa perkataan yg menyentuh hatiku yg bergelumang dengan dosa ini. “Husna dah takde”, kata seorang pemuda yg baru sahaja selesai berbual dalam telefon dengan seseorang yg aku pon x pasti siapa. Kemudian aku terdengar pula ucapan ini, “jangan bagitau org umah dia, org umah dia ada sakit jantung”.
Hampir seharian aku fikirkan perkara itu: MATI
Baru je beberapa hari lepas pelawak terkenal Malaysia meninggal dunia. Taun lepas seorang pengarah filem terkenal Malaysia meninggal dunia. Beberapa bulan lepas seorang pelajar Malaysia juga meninggal di Iskandariah. Februari lepas bonda kepada seorang ex-roommate aku meninggal. Beberapa bulan lepas juga, abg kepada kwn kepada kwn Facebook aku meninggal. Kalo diingat-ingat balik, ramai juga yg meninggal dunia kebelakangan ni.
Then I came up with dis:-
-BILA TURN SAYA? Adakah aku sudah bersedia?
-BILA TURN SAYA? Macam mana keadaan aku?
-BILA TURN SAYA? Apa yg akan aku bawa?
-BILA TURN SAYA? Dapat x aku ucap shahadah sebelum?
BILA TURN SAYA?,BILA TURN SAYA?, BILA TURN SAYA?
Kereta warganegara Mesir terbabit |