Bila Turn Saya?

BILA TURN SAYA?
Satu hari aku balik ke kampong. Terlihat aku akan sebatang pokok kelapa yg tinggi melangit. Ku lihat ada beberapa biji buah di atasnya. Ada yg hijau dan ada yg kuning. Hijau maksudnya kelapa muda dan kuning maksudnya kelapa tua. Dengar cerita, air kelapa muda sangat berkhasiat dan bole mengubati beberapa jenis penyakit. Keesokan harinya ku lihat beberapa biji kelapa gugur ke tanah. Ada yg hijau dan ada yg kuning. Maksudnya ada yg MUDA dan  ada yg TUA. Kalau kelapa pon gugur ke tanah tak kira usia, kenapa ada orang kata “Aku masih MUDA, lambat lagi aku nak MATI. Dah TUA nanti aku taubat la. Hidup hanya sekali, so kita ENJOY

~Al-Fatihah buat seorang saudara kita, yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Mesir baru2 ini~

Aku dalm perjalanan pulang dari kuliah bersama Ali, Naqib dan Sobri. Sebaik kami turun dari bas di simpang nak masuk ke kawasan rumah baru kami, kami terlihat akan satu kemalangan yg baru sahaja berlaku. Pada mulanya kami ingin mengabaikan sahaja tetapi kami perhatikan terdapat beberapa pemuda Melayu mengerumuni tempat kejadian. Aku pon ajak ali dan naqib pergi tengok. Keadaan motor yg agak teruk dengan kereta yg windshield depannya pecah. Namun tiada setitis darah pony g kelihatan. “Mungkin x teruk sgt kot”, bisikku dalam hatiku. Sangkaanku meleset sama sekali. Sedang aku asyik memerhatikan keadaan motor dan kereta di samping menahan marah akan kerenah pemandu kereta warganegara Mesir yg menunjukkan sikap seolah-olah tidak bersalah, aku terdengar beberapa perkataan yg menyentuh hatiku yg bergelumang dengan dosa ini. “Husna dah takde”, kata seorang pemuda yg baru sahaja selesai berbual dalam telefon dengan seseorang yg aku pon x pasti siapa. Kemudian aku terdengar pula ucapan ini, “jangan bagitau org umah dia, org umah dia ada sakit jantung”.

Hampir seharian aku fikirkan perkara itu: MATI
Baru je beberapa hari lepas pelawak terkenal Malaysia meninggal dunia. Taun lepas seorang pengarah filem terkenal Malaysia meninggal dunia. Beberapa bulan lepas seorang pelajar Malaysia juga meninggal di Iskandariah. Februari lepas bonda kepada seorang ex-roommate aku meninggal. Beberapa bulan lepas juga, abg kepada kwn kepada kwn Facebook aku meninggal. Kalo diingat-ingat balik, ramai juga yg meninggal dunia kebelakangan ni.
Then I came up with dis:-
-BILA TURN SAYA?  Adakah aku sudah bersedia?
-BILA TURN SAYA?  Macam mana keadaan aku?
-BILA TURN SAYA?  Apa yg akan aku bawa?
-BILA TURN SAYA?  Dapat x aku ucap shahadah sebelum?
BILA TURN SAYA?,BILA TURN SAYA?, BILA TURN SAYA?

Kereta warganegara Mesir terbabit
Motosikal mangsa





















                                                     

Broken Record



No Longer an Illegal Immigrant
Hari sabtu lepas( 27/3/2010), aku,abe,fiq,omar n zarul g wat visa. Aku bangun awal n mandi sebelum subuh. Pas subuh ungatkan nak gerak terus tapi bdk2 lain x bangun lg. Tunggu punya tunggu, kul 7 lbeh gak gerak dari umah. Dari stesen bas berhampiran, naik bas no. 926. Mula2 nak naik 24 Jim, tp driver dia tunggu bas penuh dulu. Alhamdulillah masa ngah tunggu bas penuh, ada bas no.926 lalu. So, ktorg (aku ngan omar je coz abe, fiq ngan zarul siap lambat) turun balik then naik bas no.926. tambang 50 qurusy (sen Egypt). Sampai kat Gawazzat(tempat nak amek cop visa tu) dalam kul 745-750. Sampai2, Alhamdulillah belum ramai org lg. Baru 30 lebih je.
Gawazzat bukak dlm kul 8 a.m. Beratur xdela panjang sgt. 20 minit pertama, 6 org dah siap dpt visa. Uish, cpt plak. Smpatlah aku g klas anatomy ni. 30 jam berikutnya, dua org siap. DUA???
Yup. Dua org shj. Coz awl2 laki je, then dia gilir2 laki pompuan. Bayangkan, sorg je yg wat keje kat situ. Memang x sempatlah nk g klas anatomy ni. Dari kul 8 smpai kul 10 lbeh dkt2 nak kul 11 barulah aku dpt cop visa.
Mula2 ngatkan malas nak g  klas biokem. Alang2 dah ponteng baik ponteng terus. Tapi Fiq ajak gak aku g klas. So, to class we went. Walaupon rekod kehadiran 100% aku lebur, tp Alhamdulillah aku skang bkn lg pendatang haram ^_^

Procedure:
1)Beli borang ‘taqdim’ berharga LE11 di kaunter 7. Isi mana2 yg perlu.
Kalo siap awal bole terus beratur di kaunter 5. Tp biasanya beli borang hari lain, hantar borang hari lain coz memang ramai ah yg beratur.

2)Hantar borang yg lengkap diisi berserta surat tasdiq(pengesahan) kuliah ‘ORIGINAL’ dan salinan sehelai, gambar passport sekeping(bwk lebih xpe untuk emergency), salinan fotostat dua muka surat pertama passport serta muka surat yang pernah dicop dua salinan setiap satu. INGAT!!!! KAUNTER 5!!!
3)Datang semula seawalnya dua minggu dari tarikh borang taqdim dihantar untuk mendapatkan cop visa (‘taslim’)

4)Untuk mendapatkan cop visa, perlu dtg lebih awl. Seelok-eloknya pukul 7 sudah berada di Gawazzat.
Biasanya ada org yg amek list nama untuk ‘taslim’. So, kenalah dtg awl coz biasanya pak arab(@mak arab) yg akan cop via kita tu hanya akan melayan 40 org shj. Maksimum 50 org. Kalo dtg lmbt n tgk kat senarai nama dah lebih 50 org, lebih baik balik je. Xyah buang masa menunggu.

5)Caj yg dikenakan untuk ‘taslim’ (bg pelajar Universiti Al-Azhar SAHAJA)  ialah LE3.50 lazimnya. Kdg2 lebih, kdg2 kurg (ikut suka org yg jaga tu. Bg pelajar universiti lain, caj lain akan dikenakan. (itu yg aku dgr lah). Bkn tu je, kalo lambat renew visa, pelajr university lain akn dikenakan denda. Tp pelajar Al-Azhar TIDAK dikenakan SEBARANG denda. Alhamdulillah aku pelajar Al-Azhar.

ANEH SUNGGUH KAN???











TAK  PELIK KE?

Beberapa perkara yg agak pelik. Cuba anda baca dan renung2kan@menung2kan sejenak (^_^)

1.Kita tahu dunia ini sementara tapi kita masih hanyut dan leka dengannya   dan tak habis2 mengejarnya

-kebanyakan masa kita dihabiskan dengan perkara2 keduniaan. Contohnya, kita sibuk dengan kerja sampai lupa nak SOLAT. Kita sibuk enjoy sampai lupa BACA AL-QURAN (kalamullah). Gelojoh  sgt makan sampai lupa baca DOA MAKAN

2.Kita tau adanya SYURGA dan NERAKA tapi amal dan perbuatan kita menggambarkan yg sebaliknya.

-buat DOSA setinggi bukit, buat PAHALA sikit

-buat MAKSIAT beribu, TAUBAT tak mahu

3.Kita tau SYAITAN LAKNATULLAH adalah musuh kita yg nyata tapi kita masih ikut telunjuknya.

-syaitan kata: JANGAN SOLAT! Buang masa. Tidur lagi syok.
 Kita ikut

-syaitan kata: JANGAN PUASA! Nanti lapar.
Kita ikut

-syaitan kata: PAKAILAH ‘SHORT’. Panas ni.
Kita ikut







4.Kita percaya dengan qada’ dan qadar tapi

-bila ditimpa musibah kita menympah-nyumpah, menjampi seranah. Habis semuanya keluar. B!@# la, S!@# la, mcm2 lagi.

-bila berjaya, hidung tinggi melangit,  dagu tajam menikam. Pada cikgu dan ibu bapa kita ucapkan jutaan terima kasih, (baguslah), pada kawan2 kita belanja makan(pemurahnya), tapi pada YANG MAHA PEMURAH,YANG MAHA MEMBERI REZEKI, YANG MAHA ESA, sujud syukur yg x smpai 10 saat pun kita tak ingat.

5. Dalam masa tak smpai setengah jam  aku mampu tulis post ni, tapi

-kenapa dah 18 taun lebih aku idup, aku masih x mampu nak ambil iktibar???

-kenapa ramai manusia yg pandai bercakap, berbahas, berpidato,berceramahtapi x semuanya mengamalkan apa yg mereka cakapkan,pidatokan, bahaskan @ ceramahkan.???

JAWAPANNYA:
“ KEBESARAN DUNIA DAH TERLALU BANYAK DALAM HATI KITA. KEAGUNGAN DUNIA DAH SEBATI DALAM JIWA KITA SEDANGKAN KEBESARAN YANG MAHA BESAR SEMAKIN BERKURANG DALAM HATI KITA. KEAGUNGAN YANG MAHA AGUNG SUDAH HILANG DARI HATI KITA.

Renung2@menung2kan (^_^)